Thursday, July 16, 2009

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah PIALA PERSAK 2009

" Info Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah PIALA PERSAK 2009 "
Kejohanan ini telah disertai oleh 28 pasukan. Semua perlawanan telah berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
" PIALA KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH PERSAK 2009"

" PROSES CABUTAN UNDI "

" FINALIS PIALA PERSAK 2009 "

" Johan Piala PERSAK 2009 telah dimenangi oleh pasukan UA F.C. "
membawa pulang Piala PERSAK 2009, hadiah wang tunai berjumlah RM 1000.00 dan cenderahati.

" Naib Johan telah jatuh kepada pasukan Keratong 5 (A) F.C. "
membawa pulang wang tunai berjumlah RM 700.00 dan cenderahati.

" Pemain Terbaik Perlawanan Akhir jatuh kepada pemain daripada pasukan Keratong 5 (A) F.C iaitu Saudara Muhammad Norsida "
membawa pulang Piala Iringan.

PENAJA :
GIANT, SEGAMAT ( MINUMAN DAN BARANGAN )
TUNAS MANJA, MUADZAM SHAH ( WANG TAJAAN )
CH AUTOPARTS SDN. BHD. ( WANG TAJAAN )
VISION GLOBAL TECH ( PAKAIAN )
KAK CIK DAN HALIM ( CATERING )
JAI & FAMILY ( AIR MINERAL )
DENGAN KERJASAMA :
PARLIMEN ROMPIN DAN DUN BUKIT IBAM.


Thursday, July 9, 2009

Al-Fatihah



Baru-baru ini, warga PERSAK dikejutkan di atas berita pemergian 2 ahlinya iaitu Saudara Mohd. Faizal b. Mohd. Arof(atas) dan saudara Khairudin b. Mahadi (bawah). Seluruh ahli merasakan kehilangan mereka. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat keduanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah.Amin.. Al-Fatihah..

Wednesday, July 8, 2009

PERSAK Family Day 2009

Taklimat terakhir dari pengerusi sebelum berangkat pulang

Gambar kenangan buat yang hadir

Penyampaian hadiah

Kaum ibu pun turut serta

Pertandingan bola tampar pantai..

Acara tarik tali..

Pada bulan Mac yang lalu, buat julung2 kalinya, PERSAK telah mengadakan Familyday2009. Bertempat di Pantai Kelanang di daerah Sepang. Seramai 40 orang ahli telah menyertai hari keluarga tersebut yang mana ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama sesama ahli PERSAK. Diharap acara seperti ini akan diadakan acara tahunan dalam kalender aktiviti PERSAK.

Tuesday, July 7, 2009

Welcome To PERSAK

Salam Perkenalan buat semua warga Keratong..

info terkini akan dimuatkan dari masa ke semasa..
selalulah layari blog ini. thank you..